Sunday, February 22, 2009

old news paper

Aku terpanggil nak berkongsi mengumpat dengan orang ramai yang sentiasa ketagih dengan cerita-cerita sensasi sambil minum air sarsi walaupun tiada pelakon yang seksi duduk disisi...

Cerita dia macam ni... nak diriwayatkan la.... dulu ada sorang pengembara yang suka merantau serata donia dok cari rejeki sambil kumpul cerita sensasi. mana tempat yang dia singgah dia akan catat perihal penduduk di kawasan tu tak kira la dari segala menda yang dia nampak sampai la yang dia dengar walaupun dari mulut sikambing sekalipun...

Maka dapat la satu rumusan berdasarkan dari pemerhatian dia iaitu hebatnya manusia ni terletak pada mulut dan tangan.... akal? ooo yang tu nombor 3... alasannya? emmm jap nak pikir apa alasannya.... emm maleh la nak pikir... lu pikir la senirik...

ok.. ok.. kita sambung cerita tadi tatkala si pengembara melintas satu kawasan, maka terlihat olehnya sekelompok manusia yang sedang ber'mesyuarat' di tepi rumah makcik senah (bukan nama sebenar). Dia pun teringin nak buat bancian penduduk dan dalam artikata yang lain nak tumpang sekaki la dalam 'meeting' tu... Kehadirannya disambut dengan tangan dan kain yang kadang terselak dan terbuka oleh mereka mereka itu. Oleh kerana dia ni orang baru, maka perihal jual beli tanah, saham, emas timbang kati dan yang mana cerita yang menguntungkan kroni tidak la ahli mesyuarat keluarkan....tetapi perihal kehebatan mereka dan jiran-jiran dan rakan-rakan dan sanak saudara dan obama dan palestin dan mawi dan semua artis yang ada jua menjadi topik hari tu....

hebat! memang hebat! makcik senah selaku bomoh cermin meramalkan artis ni akan bercerai tak lama lagi.... cik meah selaku pemangku ahli sihir berjaya memanipulasi ahli mesyuarat dengan janji yang dia bakal memerintah negara dua bulan lagi... cik kiah dengan lantang mengiyakan yang laki dia ada scandal dengan cucu kak peah hujung kampung.... dan ada lagi la "loyangan" dan sokongan dari semua ahli mesyuarat....

Seketika kemudian,dalam agenda membentangkan bajed rancangan malaysia ke 13 tahun kambing, satu insiden telah berlaku dimana gigi palsu kambing pak mael telah tercicir dikawasan ragut dekat kampung kalumpang... hiruk pikuk la suasana bila ramai yang rajin dok tolong .... termasuk la mereka mereka tadi....tak kira la yang tolong cari dan tolong bawak lari gigi....

ini lagi satu bukti hebatnya manusia.... mata, tangan, kaki suma dok bejalan mencari.... dan tak lupa juga otak pun sama mencari.... cari apa? .... hehe.... nak cari sapa dia nak jadi kambing hitam untuk disembelih hari tu....

maka terdengarlah satu versi cerita rekaan yang mana sipolan bin sipolan penoreh getah dah bawak lari gigi kambing pak mael.... dan cerita tu terus disebar dan tersebar sampai la ketelinga pak mael. Maka sipolan pun ditangkap dan dirogol...opss silap.... dan dibawa ke balai...apa yang jadi? adakah polis diminta siasat ke tersebut? oleh kerana kes tersebut hanya melibatkan gigi kambing pak mael jadi molek la diorang yang selesaikan senirik....

hakim pun dilantik, juri dipanggil saksi kaya yang seksi juga dipanggil... siapa saksi kaya yang seksi tu? doktor? loyer? anjinia?..... semayang tak? ooo yang last sekali tu tak penting sebab dia kaya jadi cakap dia laku.... tak semayang nanti buleh kautim ngan malaikat....

sipolan bin sipolan yang didakwa dibicarakan tanpa perlu pembelaan kerana dia seorang penoreh getah.... kalau hakim jatuhkan hukuman mati dia tetap kena terima... sebabnya dia tak kaya.... jadi, miskin kaya seseorang akan menentukan sama ada dia mampu membeli sorga atau tidak...

kalau nak beli sorga bule la ke kaunter SUK atau pejabat tanah berdekatan dan hantar borang permohonan beserta bayaran agak agak kenyang sebulan pada pegawai yang berkenaan(jangan lupa selit wang bayaran dalam borang).... nombor giliran tak payah amik sebab kes istimewa bule terus masuk dalam opis pegawai.....

emmm korang tak semayang jumaat ke hari ni?

No comments:

Post a Comment