Monday, February 23, 2009

burung unta

apa yang kita ada untuk buat orang gembira? adakah dengan harta dan uang ringgit bisa dihamparkan sebagai pengikat tali persaudaraan? apalah artinya jika itu menjadi kayu pengukur satu persahabatan, satu persaudaraan...

tiada lagi tanda ikhlas. segala apa yang diberi ada terselit pengharapan balasan yang tidak kurang nilainya dengan 'pengorbanan' kita... apa kita ini terlahir dari golongan fakir yang sentiasa meminta minta? adakah fakir itu dilahirkan sememangnya untuk meminta?
Ya dan tidak!... jawapan yang menjadi pilihan segala macam manusia untuk persoalan itu.

jika kamu mengiyakannya maka kamu benar dan kamu boleh jadi salah... pilihan ditanganmu.
jika kamu menidakkannya juga kamu benar dan bisa jadi salah.... terserah padamu untuk menimbang apa yang terbaik buatmu...

pilihlah untuk meminta padaNya bukan pada selain dariNya

kadang mereka sandarkan harapan pada manusia manusia yang disangka tinggi tarafnya tinggi martabatnya hanya untuk memenuhi nasfu mereka. segala macam pejawat tinggi, pegawai, anjinia, datuk datuk, pak menteri dijulang bagaikan mereka ini mampu mencabut nyawa... adakah mereka ini dapat menjanjikan kesenangan yang hakiki? kebahagiaan yang abadi?

tanya dirimu sendiri... adakah dirimu, isterimu, anakmu, keluargamu cukup bahagia? apakah tiada sebarang kekurangan dalam kehidupan keluargamu? jika ya maka itulah keberkatan...
walau hanya secupak beras sehari kamu berikan pada keluargamu, dengan keberkatan ianya akan terasa cukup.

usahlah dikejar apa yang bukan milikmu.... usahakanlah apa yang ditanganmu... berlapang dada dan bersyukur.... insyaallah dirimu akan berasa kaya...

Sunday, February 22, 2009

old news paper

Aku terpanggil nak berkongsi mengumpat dengan orang ramai yang sentiasa ketagih dengan cerita-cerita sensasi sambil minum air sarsi walaupun tiada pelakon yang seksi duduk disisi...

Cerita dia macam ni... nak diriwayatkan la.... dulu ada sorang pengembara yang suka merantau serata donia dok cari rejeki sambil kumpul cerita sensasi. mana tempat yang dia singgah dia akan catat perihal penduduk di kawasan tu tak kira la dari segala menda yang dia nampak sampai la yang dia dengar walaupun dari mulut sikambing sekalipun...

Maka dapat la satu rumusan berdasarkan dari pemerhatian dia iaitu hebatnya manusia ni terletak pada mulut dan tangan.... akal? ooo yang tu nombor 3... alasannya? emmm jap nak pikir apa alasannya.... emm maleh la nak pikir... lu pikir la senirik...

ok.. ok.. kita sambung cerita tadi tatkala si pengembara melintas satu kawasan, maka terlihat olehnya sekelompok manusia yang sedang ber'mesyuarat' di tepi rumah makcik senah (bukan nama sebenar). Dia pun teringin nak buat bancian penduduk dan dalam artikata yang lain nak tumpang sekaki la dalam 'meeting' tu... Kehadirannya disambut dengan tangan dan kain yang kadang terselak dan terbuka oleh mereka mereka itu. Oleh kerana dia ni orang baru, maka perihal jual beli tanah, saham, emas timbang kati dan yang mana cerita yang menguntungkan kroni tidak la ahli mesyuarat keluarkan....tetapi perihal kehebatan mereka dan jiran-jiran dan rakan-rakan dan sanak saudara dan obama dan palestin dan mawi dan semua artis yang ada jua menjadi topik hari tu....

hebat! memang hebat! makcik senah selaku bomoh cermin meramalkan artis ni akan bercerai tak lama lagi.... cik meah selaku pemangku ahli sihir berjaya memanipulasi ahli mesyuarat dengan janji yang dia bakal memerintah negara dua bulan lagi... cik kiah dengan lantang mengiyakan yang laki dia ada scandal dengan cucu kak peah hujung kampung.... dan ada lagi la "loyangan" dan sokongan dari semua ahli mesyuarat....

Seketika kemudian,dalam agenda membentangkan bajed rancangan malaysia ke 13 tahun kambing, satu insiden telah berlaku dimana gigi palsu kambing pak mael telah tercicir dikawasan ragut dekat kampung kalumpang... hiruk pikuk la suasana bila ramai yang rajin dok tolong .... termasuk la mereka mereka tadi....tak kira la yang tolong cari dan tolong bawak lari gigi....

ini lagi satu bukti hebatnya manusia.... mata, tangan, kaki suma dok bejalan mencari.... dan tak lupa juga otak pun sama mencari.... cari apa? .... hehe.... nak cari sapa dia nak jadi kambing hitam untuk disembelih hari tu....

maka terdengarlah satu versi cerita rekaan yang mana sipolan bin sipolan penoreh getah dah bawak lari gigi kambing pak mael.... dan cerita tu terus disebar dan tersebar sampai la ketelinga pak mael. Maka sipolan pun ditangkap dan dirogol...opss silap.... dan dibawa ke balai...apa yang jadi? adakah polis diminta siasat ke tersebut? oleh kerana kes tersebut hanya melibatkan gigi kambing pak mael jadi molek la diorang yang selesaikan senirik....

hakim pun dilantik, juri dipanggil saksi kaya yang seksi juga dipanggil... siapa saksi kaya yang seksi tu? doktor? loyer? anjinia?..... semayang tak? ooo yang last sekali tu tak penting sebab dia kaya jadi cakap dia laku.... tak semayang nanti buleh kautim ngan malaikat....

sipolan bin sipolan yang didakwa dibicarakan tanpa perlu pembelaan kerana dia seorang penoreh getah.... kalau hakim jatuhkan hukuman mati dia tetap kena terima... sebabnya dia tak kaya.... jadi, miskin kaya seseorang akan menentukan sama ada dia mampu membeli sorga atau tidak...

kalau nak beli sorga bule la ke kaunter SUK atau pejabat tanah berdekatan dan hantar borang permohonan beserta bayaran agak agak kenyang sebulan pada pegawai yang berkenaan(jangan lupa selit wang bayaran dalam borang).... nombor giliran tak payah amik sebab kes istimewa bule terus masuk dalam opis pegawai.....

emmm korang tak semayang jumaat ke hari ni?

acid addict

Sekarang kita menjemput saudara Abdul Ghani bin Othman menyampaikan doa bagi pembukaan perasmian majlis kita pada hari ini... dijemput.... Al-Fatihah...(sambung dengan doa)

Saya rasa berbangga dengan pelancaran filem yang pertama dinegara kita yang mana bakal menyumbang peningkatan ekonomi dalam industri perfileman animasi bla bla bla blah la lu.....

2015... makan sudah, berborak sudah, "membuang" sudah, doa sudah, rasmi pun sudah.... maghrib? berapa ramai yang sudah?

Takpe.... demi ekonomi negara, tuhan akan ampunkan dosamu... demi memartabatkan negara terchenta, tuhan akan ampunkan dosamu.... demi membawa anak dara orang tak pakai tudung berbaju sendat dan berseluar ketat....

tuhan akan ampunkan dosamu.....

Bumi Pink

Jerit!... Jerit!
Tolongi aku bantulah dia
Celaka menimpa kita... Huh! biarkan saja... itu onar mereka bukan kita!
Panjangkan hajatmu... lemparkan makimu... itu onar mereka bukan kita!

Aku aku engkau engkau...
tawamu dulu tidak pernah hilang hilaimu dulu tak pernah pudar...
istanamu dulu tak pernah lengang
sakumu dulu tak pernah kontang...
tanganmu dulu tak pernah senang

Mana sahabatmu?
mana jiranmu?
mana saudaramu?
Darjat tinggi melangit! itu dulu...

Kambing ke masjid kau kemana?
lembu ke surau kau kemana?
babun ke madrasah kau kemana?
Ohh aku bizi...

kantungku masih ringan
anakku masih butuhkan permainan
isteriku inginkan perhiasan
isteriku lagi inginkan kebebasan
isteriku lagi inginkan kemewahan
dan isteriku lagi inginkan dan terus inginkan

Dulu dimatamu... kau siapa aku siapa?
Kakiku mulia... kau siapa?
Sahabatku ajk amn pjk jkkk mpk kkkkk... kau siapa?
Akulah raja akulah dewa... kau?
Rencana bumi ada kau endah?
Segala onar kau redah kau geledah
Hukum hanya ada dikepala agung
Kau terus redah dan kau tak endah

Kenapa perlu bertanya?
Mengapa ada balasan?
Dimanakah impian?
Hanya satu jawapan.... Pulanglah ke pangkal jalan

Yang perDua

Makan minum kenyang....
Santai tidur rehat...
Tengok lihat nampak...
Bunyi dengar ingat....

Esok ulang lagi dan lagi dan lagi dan lagi
Lusa cuba lagi dan lagi dan lagi
Tulat masih adakah lagi?

Terus cari dan cari dan cari...
"Aku" masih disini?
"Kamu" tiada lagi?
"Mereka" kemana pergi?

Dia tetap disitu!

Yang ke Satu

Yang ke satu
Nampak dah lama tapi baru nak cuba.... boleh agaknya.

Dalam nak cari selalu tak jumpa tapi depan mata selalu tak endah.
Kadang kata kita pandai, kadang kata kita bijak, kadang kata kita cuai, kadang kata kita lalai.

Hari ni dengan hari ininya hari esok dengan angannya.
Depan mata kita lupa belakang kita orang mengata.... alah... persetan dengan semua cakap cakap hipokrit.

Aku engkau dia mereka kita semua macam sama tapi di mana beza? rupa? gaya? harta? dunia?
oooo aku terlupa..... hehe dia dah ada pasport ke sorga... buat apa nak ditegur nak ditegah.... Aku? hanya ada tikar sejadah....
itu pun hadiah.